Sunday, 25 May 2014

Pure Marine Collagen Gred AAA (Yellow)

Pure Marine Collagen Gred AAA (Yellow)
Kolagen Rumpai Laut Gred AAA (Kuning)


Assalamualaikum wbt.
Apa khabar semua? Semoga sihat dan ceria. Kali ni saya nak cerita tentang Kolagen Rumpai Laut atau lebih dikenali Pure Marine Collagen/PMC. Ada yang sms pada saya bertanyakan tentang produk ni, khasiat dan keberkesananya. Saya pun pada mulanya belum arif tentang produk yang satu ni tapi kebetulan awal tahun haritu ada ke sabah melawat abang saya yang berkahwin dengan orang lahad datu, menetap dan berkerja disana. Hampir seminggu jugalah menginap dirumahnya, dan dalam masa seminggu tu jugalah pelbagai2 budaya,adat resam dan amalan orang sabah yang diceritakan dan ditunjukkan oleh kakak ipar saya yang peramah tu. Yang Paling menarik hati saya adalah tentang PMC yang memang majoriti berasal dari sabah. Sebenarnya ada pelbagai jenis lagi PMC ni tapi untuk entry ni saya nak highlight PMC yang saya guna iaitu Gred AAA Kuning.

Pure Marine Collagen Gred AAA (Yellow).
Saya baru je mengamalkan pengambilan PMC ni awal tahun ni jadi baru masuk bulan ke-5 saya amalkan. So far khasiatnya belum kelihatan ketara yang jelas adalah penghadaman saya menjadi lancar dan tiada sembelit, kurang rambut gugur dan tiada lagi kuku rapuh yang saya alami sejak remaja. Kata kakak ipar saya, PMC ni perubahannya berbeza pada setiap individu terpulang pada penyerapan badanya. Saya dah mengamalkan Soy Collagen Nurbeautyline jadi tak mahu pengambilan collagen yang terlebih dalam badan. Kadar pengambilan saya untuk PMC ni hanya 2 sudu 1 hari bertujuan yang lebih kepada arah kesihatan dalaman. Jadi kalau ada perubahan lain dalam masa kesemasa saya akan kongsikan dengan readers semua, Insyaallah.

Antara Khasiat Pengambilan Kolagen Asli :

  • Terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semula jadi.
  • Menjadikan kulit lebih putih dan tegang.
  • Melancarkan kitaran darah.
  • Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)
  • Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.
  • Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.
  • Menaikkan tekstur kulit dan seri wajah.
  • Mengurangkan pembentukkan selulit.
  • Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar
  • Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.
  • Membantu mengurangkan kolestorel dalam badan.

Kaedah Penyediaan : 


1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali.
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman.


3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali,toskan.
4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus.Tambah pandan untuk wangi.


5. Masak dengan api yang perlahan dalam 30-45 minit. Kacau sehingga hancur.


6. Biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais



Cara Pengambilan :
Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur). Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 2-3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - lebih elok dimakan begitu saja.
Cara pengambilan saya pula, 2 sudu besar selepas bangun tidur dicampur dengan 2 sudu besar madu dan dibancuh dengan air oren sunquick. Seminggu sekali saya akan buat masker dari jelly PMC ni, mudah saja. ambil 3-4 sudu besar jelly PMC hancurkan dengan belakang sudu dan lumurkan rata pada muka hingga kering dan bilas. Kulit muka terasa lembut lepas tu, Insyaallah. 

2 Sudu besar jelly PMC + 2 Sudu besar madu + Sunquick

*************

PMC UNGU LEBIH BAIK UNTUK MERAWAT MASALAH PENYAKIT KRONIK SPT SAKIT JANTUNG,GOUT,STROK DAN SBGNYA HIJAU PULA MEMPUNYAI KEBAIKAN UNTUK MERAWAT PENYAKIT DALAMAN DAN MENJAGA KECANTIKAN KULIT. KANDUNGAN ZAT GALIAN DIDALAM RUMPAI UNGU SANGAT BERMANFAAT UNTUK MEMBASMI BAKTERI, MASALAH SISTEM SARAF DAN KEGAGALAN FUNGSI ORGAN.

MANAKALA UNTUK KUNING, IA LEBIH KEPADA FUNGSI KECANTIKKAN KULIT LUARAN, KANDUNGAN KOLAGEN MENTAHNYA SANGAT BAIK UNTUK MENJAGA KESIHATAN KULIT DAN MEMBERIKAN KESAN KEPADA NILAI KECANTIKAN ANDA.

HIJAU YG KAYA DENGAN KOLAGEN DAN KLOFOFIL MEMPUNYAI KEBAIKAN UNTUK MENJAGA KECANTIKAN DI SAMPING MERAWAT MASALAH DALAMAN .

Oleh kerana stok yang saya mudah perolehi dan jaminan original dari sabah, saya packingkan untuk yang berminat nak cuba. Harga saya murah je, berminat boleh sms/call saya. Ada yang nak borong pun boleh. Senarai harga kat bawah ye.

1 Paket/100gram RM8.00.
1 Paket RM 8.00
10 Paket x RM 6.00/Paket
20 Paket x RM 5.00/Paket
30 Paket x RM 4.00/Paket

Terima Kasih membaca hingga ke titik terakhir. Till then, Wasallam.

Warm Regards,
ARA KAY Beauty Shoppe
0133955659


Saturday, 24 May 2014

Daun Herba Mandian.

Daun Herba Mandian.

Assalamualaikum wbt.
Sejak dah bergelar ibu ni bertambah rezeki yang datang, mungkin ini namanya rezeki anak. Alhamdulillah, lepas ni boleh la beranak lagi dan lagi kan. Bila dah berumahtangga bertambah friend yang yang berstatus isteri, bila dah ada anak bertambah friend dari golongan ibu. Syukur,semuanya rezeki dari Allah s.w.t. Dia jugalah yang hanya dapat balas jasa cik/encik/tuan/puan semua yang sangat menyokong saya, terima kasih semua.Ok, back to the point, ‘ Daun herba mandian ’. Lazimnya Daun herba mandian ni diketegorikan untuk ibu2 dalam pantang dan selepas bersalin. Sayangnya khasiat semulajadi ni tak dipraktikkan untuk semua peringkat umur. Termasuklah saya sendiri yang pandang sebelah mata khasiat turun temurun ni.

For the story, masa buat preparation last year untuk berpantang buat pertama kalinya, saya dan husband memang menyediakan persediaan yang mana penting dan serba ringkas saja sebabnya saya berpantang sendiri, di rumah sendiri juga. Teringat kata2 kakak saya yang mengabaikan berpantang selepas bersalin, ada bercerita pada saya, selepas bersalin 4 tahun lalu badan diluar memang nampak sihat tapi dari dalaman pelbagai masalah wanita mula timbul dari tahun ketahun. Nasihatnya sungguh bernas, berpantang dengan bersungguh2 demi kesihatan diri sendiri pada masa depan, seorang ibu adalah ratu keluarga. Sakit seorang ibu sakitlah seluruh keluarganya, bahagia ibu bahagialah keluarganya. Ada betulnya kata my sister tu, apa salahnya berpantang bersungguh2, dalam tak sedar dapat masa yang panjang untuk memanjakan diri. Ada juga one of my friend yang kata now days mana ada orang guna lagi teknik lama tu, ambil jamu bagai, ambil supplement dah memadai. Betul ke? To me, apa pun cara pilihan berpantang its up to tuan empunya badan. My prinsip, rajin kita buat banyak,lebih la kita dapat.

So saya pilih the tradisional ways. Pening kepala my husband nak cari the tradisional things untuk berpantang. Cahaya mata pertama jadi tak banyak yang kami sediakan kerana kurang pengalaman. Tapi benda yang paling excited saya nak guna adalah Daun Herba Mandian ni. Saya beli online masa tu kerana sukar untuk dicari di kedai2 di bandar. Order sampai 10 paket punya excited. Bila sampai masanya, berpantang la saya bersendirian hanya ditemani suami dan baby yang super kecil dan comel. Keluarga yang jauh sentiasa support 100% hampir setiap hari so bahagia tetap terasa walaupun tanpa keluarga disisi.

First day try Daun Herba Mandian ni rasanya biasa je tak ada perubahan tapi air mandian yang suam2 kuku tu wanginya dengan bau daun2 herba yang harum semerbak terus semangat untuk guna setiap hari. Genap seminggu penggunaan ada terasa perubahan dalaman. Setiap hari bangun pagi awal dengan perasaan yang fresh dan bertenaga, bau badan berkurangan, kurang rasa angin dalam badan, vagina terasa bersih dari lekit2 darah nifas dan tak berbau walaupun dengan penggunaan maternity pad. Lepas habis berpantang ada balance lagi 4 paket, saya pun jadi lah pengguna setia setiap hari walaupun tak berpantang kesannya badan terasa ringan, segar bila bangun pagi, tak ada angin dalam badan. Baru saya sedar akan khasiatnya yang bukan terbatas untuk ibu berpantang saja. Sejak tu saja akan mandi herba 2 kali seminggu untuk kecergasan dan kesihatan dalaman diri sendiri malah satu masalah wanita yang paling popular dapat dikurangkan Insyaallah tak ada langsung, tak lain tak bukan masalah keputihan dan vagina odour. Sejak amalkan memang bye2 to keputihan even tengah pregnant lagi. Paling kelakar bila paksa my husband cuba mandi air daun herba ni, memang tak la kan tapi at last dia pun tergoda bila sesi urut mengurut dah tak keluar angin and paling dia suka, tenaga dan kesegaran kembali lepas balik dari outstation. Bagus sangat, cubalah tak rugi pun. Antara daun herba yang terkandung dalam paket mandian herba ni :

Daun Berbuas.
Daun Inai.
Daun Lengkuas.
Pandan Wangi.
Daun Senduduk.
Serai Wangi.
Daun Seringan/Meringan.
Daun2 tadi dikeringkan dan dipaketkan macam ni. 

Oleh kerana husband pun dah terpengaruh dengan keberkesanan tradisi tradisional ni dia pun survey la kat mana paling senang nak dapatkan stok mandian herba untuk isterinya dan dia sendiri juga tup2 dapat khabar makcik jiran kami tu adalah tukang urut wanita lepas bersalin merangkap pembuat mandian herba untuk pekej urut dan mandi herba pelangan2nya. Macam orang mengantuk disorong bantal. Memang makcik tu ada kebun kecil sebelah rumah dia tanam tumbuhan herba ni, keringkan dan packing sendiri dedaun herba tu untuk kemudahan siapa yang tempah dari dia. Alhamdulillah, ni namanya rezeki depan mata. Setiap bulan wajib saya order 2 ke 3 dozen mandian herba mengikut permintaan customer Ara Kay Beauty Shoppe dan juga customer husband kat tempat kerja tu. Jimat tu semestinya sebab 1 paket boleh guna 3-4 kali.


Daun Herba Mandian rm10/Paket A5 100g

Khasiat Herba Mandian  : 
1. Membantu melegakan sendi dan saraf yang tegang sewaktu bersalin.
2. Membantu melancarkan peredaran darah. 
3. Membantu mengurangkan rasa stress dan ketegangan. 
4. Membantu menghilangkan bau badan dengan bau2 haruman pati daun yang di rebus. 
5. Membantu mengurangkan angin di seluruh badan. 

Cara penggunaan Herba Mandian  : 
· Rebus satu pack mandian herba dengan 3 gayung air sehingga mendidih dan berbau wangi.
· Campurkan air herba mandian bersama air biasa sewaktu mandi. (kepanasan bergantung pada anda). 
· Keringkan uncang yang telah di gunakan di tempat panas atau kering untuk kegunaan selanjutnya. 
· Satu pack boleh diulang guna pakai 3 – 4 kali. 

Dos Herba Mandian : RM10/Paket bersaiz A5 100g. 
*Free Postage 6 paket dan keatas.
*Tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak dibawah umur 12 tahun. 


Boleh hubungi saya kalau nak mencuba.Terima Kasih membaca hingga ke titik terakhir. Till then, Wasallam.

Warm Regards,
ARA KAY Beauty Shoppe
0133955659

Friday, 23 May 2014

Soy Collagen Nurbeautyline.

Soy Collagen Nurbeautyline.
Assalamualaikum wbt. Entry kali ini saya nak kongsikan product review yang memang menjadi amalan saya. Nurbeautyline Soy Collagen.




Pelbagai soalan yang berulang kali ditanya pada saya, antaranya Macamana saya boleh start consume produk ini? Berkesan ke?. Ceritanya saya memang tak pernah ambil apa jua jenis supplement, Soy Collagen pilihan pertama saya apabila disahkah hamil selepas 2 minggu bernikah. Alhamdulillah, murah rezeki walaupun masih nak jadi pengantin baru lagi. Sebab excitednya nak jadi seorang ibu, masa ni lah nak consume segala vitamin dan supplement demi kesihatan bayi dalam kandungan. Husband pun support 100%. Sebab utama Soy Collagen Nurbeautyline jadi pilihan saya adalah fungsinya menentang masalah yang memang dihadapi saya.

Soy Collagen Nurbeautyline ada 2 jenis iaitu Premium (Soya) dan Biasa (Soya/Coklat). Bezanya Biasa untuk 29 tahun kebawah manakala Premium pula  kurang gula, extra collagen dan vitamin sesuai untuk 30 tahun keatas. Namun, kedua2nya boleh dan sesuai diminum walaupun tak mengikut umur yang tertera. Pilihan saya Premium sebab saya memang peminat soya kurang manis, memang citarasa tepat dan lebih sesuai untuk ibu mengandung.
Keberkesananya macamana pula?

Kenalah tunggu baby ni lahir kan baru nampak hasilnya sebab hampir semua nutrien dan kebaikan diserap bayi dalam kandungan jadi hampir tiada kesan pada ibu tapi ada juga kesannya pada saya selepas tiga minggu pengambilan 1 paket sehari. Antaranya penghadaman lebih lancar, tak ada sembelit, tumit merekah berkurangan, tiada sakit badan dan mabuk, lebih mudah bangun pagi dan lebih bertenaga. Malah lebih bertenaga untuk berpuasa tanpa sebarang masalah dan solat terawih setiap hari walaupun due date lagi seminggu. Saya terus mengamalkan hingga lahirnya si comel 29/7/2013. Alhamdulillah tiada komplikasi sepanjang hamil dan sepanjang proses melahirkan.


Khalid B. Muhammad Qaiyum @ Day 1
Pengambilan soya penyebab kulit bayi sensitif. Mitos ke Fakta?
Khalid 7 Bulan, Alhamdulillah, sihat tanpa sebarang ruam/alahan. 
Khalid 8 bulan, kena cop anak cina dek mata sepet tu.

Bila dah jadi ibu segala amalan tak ada masa nak teruskan sibuk jaga baby kecil tup2 dah 10 bulan usia si comel ni. Termasuklah pengambilan Soy Collagen yang terus terabai. Memang tak fikir langsung, baru seorang anak. Tabik pada yang plus2 anaknya tapi masih maintain. Namun, Alhamdulillah, kesedaran menjaga kesihatan diri mula terbit lagi tatkala disahkan hamil lagi. Tak sangka rezeki datang secepat ni, pasti ada hikmah disebaliknya. Jarak kandungan yang rapat melemahkan ketahanan badan saya, kerja harian selalu tertangguh dan kerap sangat letih. husband pun ada menyuarakan tentang kelemahan saya dalam mengurus masa mujurlah suami memahami. Sayu melihat keadaan diri sendiri dalam keadaan mengecewakan tanpa penjagaan yang rapi tambahan dengan berbadan dua, kesian my second baby. Saya tekat untuk mula semula. Amalan saya setiap hari mulai sekarang selain dari mengambil vitamin yang disarankan doktor saya mengambil Soy Collagen Premium 2paket setiap hari sebelum sarapan dan sebelum tidur. Dalam masa 2 minggu stamina saya semakin pulih, Alhamdulillah, kesan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Saya tekad nak teruskan walaupun selepas bersalin nanti.

Counting days, 28 week. EDD 27/7/2014.

Finally, saya terus menjadi pengedar untuk produk Nurbeautyline alang2 nak terus setia menggunakan produk ini. Jadi kalau berminat nak mencuba bolehlah hubungi saya, jaminan yang original. Senarai harga Soy Collagen Nurbeautyline kat bawah ni ye.

1) Soy Collagen Nurbeautyline Biasa (Soya/Coklat) RM 29/kotak. Promosi RM60/3Kotak.
2) Soy Collagen Nurbeautyline Premium (Soya) RM 39/kotak. Promosi RM50/2Kotak.
*Diskaun untuk pembelian kedua dan seterusnya.


Saya syorkan Soy Collagen Nurbeautyline Premium untuk kesan yang pantas tapi untuk permulaan dan masalah kulit serta masalah kesihatan yang tak ketara boleh saja mencuba Soy Collagen Nurbeautyline Biasa, harga pun lebih murah. Bagi saya perasa soyanya sedap dan berkualiti. Untuk perasa coklat mungkin ada peminat tersendiri tapi tidak bagi saya, jujur dari hati kurang enak untuk deria rasa saya. Saya juga pengguna berhak bersuara. Boleh ke begitu..=D 

Istimewa dari ARA KAY beauty Shoppe.
Untuk sample Soy Collagen Nurbeautyline PERCUMA smskan Nama & Alamat lengkap pada 0133955659.

Terima Kasih membaca hingga ke titik terakhir. Till then, Wasallam.

Warm Regards,
ARA KAY Beauty Shoppe
0133955659

Thursday, 22 May 2014

Sabun Susu Beras K.Brothers.

Sabun Susu Beras K.Brothers.
Rice Milk Soap K.Broathers.


Assalamualaikum wbt.
Entry kali ini pendek je untuk produk yang tak lapuk dek hujan ni. Sabun susu beras thailand K.Brothers.


Active Ingredients : Rice Milk Extract, Vitamin B3, Vitamin E, Olive oil, Palm Oil , Natural Glycerin
Saya pasti ramai yang tahu kewujudan produk ni mungkin ragu2 dengan keberkesanannya. Bagi saya keberkesananya ada cuma masa yang diambil untuk berkesan lama juga sebab saya memang pengguna sabun ni sejak berumur 17 tahun lagi. Kesan penggunaan sabun susu beras ni baru kelihatan selepas setahun saya amalkan setiap hari. Tapi lain orang lain jenis kulit dan tahap keberkesananya. Pada saya, Saya setia menggunakan susu beras ni atas satu je sebab, baunya wangi dan lembut sangat. Atau sebenarnya dah jadi rutin saya sejak remaja jadi jika miss menggunakan sabun ni macam lain macam pula, lagipun teramat jimat sebab harganya yang murah dan menutup mata saya pada sabun2 yang mugkin berkimia dan penyebab kulit kering. Kerana baunya harum susu beras tu saya say 'No' to body wash sampai lah sekarang, kesan yang saya yakin nak share dengan penggunaan sabun susu beras ni setiap hari selama bertahun kulit lembut dan tak ada bau peluh walaupun seharian kat luar. Terpulang pada individu untuk menilainya. Sabun ni susu beras asli 100% semulajadi suitable for all skin types dan berkelulusan KKM - KKM NOT130302366K.

1PCS RM2.00.
3PCS RM 5.00.
Belian 12 unit/SEDOZEN : RM 29.00 FREE POSLAJU
Belian  (24 unit/2 DOZEN) :RM 53.00 FREE POSLAJU

Fungsi Sabun Susu Beras :
- menggebu dan mencerahkan kulit
- membantu menghilangkan bintik-bintik hitam
- menghaluskan kulit
- memudarkan dan menghilangkan parut dengan penggunaan yang berterusan
- melembabkan kulit seterusnya menaikkan seri wajah.

Jika digunakan sebagai sabun mandi pula, ia membantu :
- Menanggalkan bintik hitam atau kesan hitam di ketiak, siku dan peha anda.
- Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit bermasalah
- Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
- Badan anda tidak akan melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
- Boleh menghilangkan bau badan.




Terima Kasih membaca hingga ke titik terakhir. Till then, Wasallam.

Warm Regards,
ARA KAY Beauty Shoppe
0133955659

Scrub Muka Rupawan Nurbeautyline.

Scrub Muka Rupawan Nurbeautyline.

Assalamualaikum wbt.
Hari ni saya nak review produk yang sangat2 high class dan super berkesan untuk saya dan mungkin anda, Insyaallah. Ceritanya, saya orangnya tidak lah hebat dan sangat biasa pula tapi saya sangat++ meminati sukan lasak terutama sekali Mountain Hiking. Lagi tinggi dan berhari2 lagi saya suka. Subhanallah. . pemandangan dan pengalaman yang tak ada kata untuk saya ungkap dan gambarkan. Betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t. Didunia sudah sebegini cantik dan indah apatah lagi di Syurga. Antara gambar kenangan saya di pergunungan :



Gunung Datok, Rembau Negeri Sembilan.

            
Gunung Tahan, Kuala Tahan Pahang.
Gunung Liang East & West, Tg.Malim Perak.
Tak perlu kekuatan seperti Bruce Lee atau Jackie Chan atau Kung Fu Panda untuk ke puncak gunung yang tinggi cuma keazaman dan stamina yang stabil sudah mencukupi. Aktiviti ini salah satu teknik saya menjaga kesihatan dan kecantikan kulit secara booster. Badan sihat kulit pun sihat,so far stick dengan mountaineering ni beberapa masalah perempuan dapat saya atasi antaranya tiada lagi masalah senggugut ketika haid, tiada lagi perut buncit, pinggang dan peha yang ramping, tiada lagi rabun malam dan kulit muka yang glowing with blushing kerana peredaran darah beroksigen yang lancar. Tapi ada juga masalah yang timbul dek aktiviti lasak ini seperti hitam dikeliling mata kerana kurang tidur dan penggunaan tenaga yang maksimum dalam satu hari, pori membesar penyebab timbulnya whitehead/blackhead dan yang paling serius adalah sunburn kerana terdedah direct sunlight di puncak gunung.

Macamana saya atasinya? So simple as A.B.C 1.2.3. Scrub saja 3 kali seminggu dengan Scrub Muka Rupawan Nurbeautyline.
Scrub Muka Rupawan Nurbeautyline Oren/Markisa 25ml/RM13.00


Antara fungsi produk ini :
  1. Membersih kulit muka dari kotoran degil.
  2. Menghilangkan whitehead dan blackhead.
  3. Mencerahkan kulit muka.
  4. Melembut dan melembabkan kulit muka.
  5. Menghaluskan kulit.
  6. Menghilangkan daki di kulit muka.
  7. Menegangkan kulit muka.
Sejak tu saya pengguna tegar Scrub Muka Rupawan Nurbeautyline ini sebab saya sememangnya mempunyai masalah whitehead walaupun tak ketara tapi tetap ada. Jika dulu saya mengamalkan scrub 3 kali seminggu sekarang selepas 2 bulan pengamalan, saya hanya guna sekali saja seminggu sekadar untuk menghalang whitehead kembali.


Tengok muka yang sunburn 8/10. Even kualiti gambar takada sunburn tu menyerlah kot. *Abaikan encik husband kat sebelah tu.


Perbezaan lepas 3 minggu. Sunburn kurang 6/10. Walaupun sikit tapi ada.
Insyaallah akan dteruskan hingga tona asal kembali semula.
Bolehlah cuba Scrub Muka Rupawan Nurbeautyline untuk wajah rupawan, Insyaallah. Harganya Rm13/25ml. Terdapat dalam dua pilihan samada Oren atau Markisa. Berminat bolehlah hubungi saya, saya akan melayan anda sehangat dakapan ibu. Amalan saya untuk dapatkan kulit muka yang glowing dan bersih, selepas scrub muka dengan Scrub Muka Rupawan Nurbeautyline saya akan apply masker buatan sendiri yang ringkas dan mudah, hanya 15 minit kulit terasa anjal dan bercahaya. Kemainnya promosi kan =D. Btw, caranya boleh klik SINI. Terima Kasih membaca hingga ke titik terakhir. Till then, Wasallam.

Warm Regards,
ARA KAY Beauty Shoppe
0133955659

Tuesday, 20 May 2014

Cara-cara Pembelian/Tempahan.

Cara-cara Pembelian/Tempahan.

1. Pilih Item, untuk sebarang pembelian / tempahan sila buat pembayaran di salah satu akaun seperti berikut:
Akaun : CIMB
No. Akaun : 14300080863529
Penama Akaun : Noradiza Saharuddin

Akaun : MBB
No. Akaun : 162179658355
Penama Akaun : Noradiza Saharuddin

2. SMS alamat, Item yang berkenaan & Buktit pembayaran(Payment Proof) untuk pengesahan pada 0133955659 - Nora.
Payment Proof :
-Bank yang digunakan
-Tarikh dan Masa
-Kawasan
-Jumlah

3. Barang akan dipos selepas pengesahan dan pembayaran diterima.
4. Penghantaran dibuat dalam masa 3 hari atau kurang.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 0133955659 (Nora) atau email ke sales.arabeauty@gmail.com.

' TERIMA KASIH '
ARA KAY BEAUTY SHOPPE.

Penghantaran.

Penghantaran akan dibuat dengan menggunakan perkhidmatan Pos Laju sebaik sahaja kami menerima pengesahan & bayaran. 
Caj pos: 
RM7 - Semenanjung 
RM10 - Sabah Sarawak 

Setelah penghantaran dibuat, anda akan dimaklumkan status nombor pengesanan untuk tujuan rujukan. 
Harga dipaparkan tidak termasuk caj penghantaran, kecuali dinyatakan sebaliknya. 
* Kos Penghantaran berbeza mengikut berat daripada jumlah.
* Penghantaran akan dibuat setiap selepas transaksi yang berjaya.

ARA KAY BEAUTY SHOPPE tidak bertanggujawab atas kehilangan barang yang dikirimkan semasa dalam proses penghantaran melalui pos.

TERM & CONDITION.

1.Pastikan anda adalah serious buyer bukan backout buyer atau fussy buyer.
2.Pastikan Item yang betul dan kuantiti yang tepat.
3.Gambar yang dipaparkan mungkin terdapat perbezaan dari warna sebenar.
4.Jika terdapat keraguan atau kemuskilan bolahlah menghubungi pihak admin untuk keterangan lanjut.


" I hope that I can be your trusted seller forever. ''


Welcome To.

AraKay Beauty Shoppe.

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah. . . Syukur ke hadrat Ya Rabb dengan terhasilnya blogshop ini. ARA KAY Beauty Shoppe adalah perniagaan berkonsepkan SOHO iaitu perniagaan internet dari rumah. Dengan cara ini, saya dapat berinteraksi dengan anda secara terus dan tulus, Insyaallah.

Pada yang sudi singgah saya ucapkan selamat datang dan terima kasih. Tanpa anda semua siapalah saya yang setahun jagung di blogspot ini. Insyaallah saya akan kongsikan produk2 dan tip2 yang terbaik untuk semua. Dijamin produk halal, berkelulusan KKM dan telah di uji terlebih dahulu sebelum disyorkan untuk kepuasan semua.




Terima kasih kerana menyokong saya. 

ARA KAY BEAUTY SHOPPE
No 88, Tingkat Maju Rapat 6, Taman Maju Rapat, 31350 Ipoh, Perak.
561, Kampung Merawan Indah, 31300 Simpang Pulai, Ipoh, Perak. 
HP : 0133955659
URL : http://arakaybeauty.blogspot.com
Email : Sales.arabeauty@gmail.com

" SELAMAT BERURUS NIAGA " - AraKay