Saturday, 24 May 2014

Daun Herba Mandian.

Daun Herba Mandian.

Assalamualaikum wbt.
Sejak dah bergelar ibu ni bertambah rezeki yang datang, mungkin ini namanya rezeki anak. Alhamdulillah, lepas ni boleh la beranak lagi dan lagi kan. Bila dah berumahtangga bertambah friend yang yang berstatus isteri, bila dah ada anak bertambah friend dari golongan ibu. Syukur,semuanya rezeki dari Allah s.w.t. Dia jugalah yang hanya dapat balas jasa cik/encik/tuan/puan semua yang sangat menyokong saya, terima kasih semua.Ok, back to the point, ‘ Daun herba mandian ’. Lazimnya Daun herba mandian ni diketegorikan untuk ibu2 dalam pantang dan selepas bersalin. Sayangnya khasiat semulajadi ni tak dipraktikkan untuk semua peringkat umur. Termasuklah saya sendiri yang pandang sebelah mata khasiat turun temurun ni.

For the story, masa buat preparation last year untuk berpantang buat pertama kalinya, saya dan husband memang menyediakan persediaan yang mana penting dan serba ringkas saja sebabnya saya berpantang sendiri, di rumah sendiri juga. Teringat kata2 kakak saya yang mengabaikan berpantang selepas bersalin, ada bercerita pada saya, selepas bersalin 4 tahun lalu badan diluar memang nampak sihat tapi dari dalaman pelbagai masalah wanita mula timbul dari tahun ketahun. Nasihatnya sungguh bernas, berpantang dengan bersungguh2 demi kesihatan diri sendiri pada masa depan, seorang ibu adalah ratu keluarga. Sakit seorang ibu sakitlah seluruh keluarganya, bahagia ibu bahagialah keluarganya. Ada betulnya kata my sister tu, apa salahnya berpantang bersungguh2, dalam tak sedar dapat masa yang panjang untuk memanjakan diri. Ada juga one of my friend yang kata now days mana ada orang guna lagi teknik lama tu, ambil jamu bagai, ambil supplement dah memadai. Betul ke? To me, apa pun cara pilihan berpantang its up to tuan empunya badan. My prinsip, rajin kita buat banyak,lebih la kita dapat.

So saya pilih the tradisional ways. Pening kepala my husband nak cari the tradisional things untuk berpantang. Cahaya mata pertama jadi tak banyak yang kami sediakan kerana kurang pengalaman. Tapi benda yang paling excited saya nak guna adalah Daun Herba Mandian ni. Saya beli online masa tu kerana sukar untuk dicari di kedai2 di bandar. Order sampai 10 paket punya excited. Bila sampai masanya, berpantang la saya bersendirian hanya ditemani suami dan baby yang super kecil dan comel. Keluarga yang jauh sentiasa support 100% hampir setiap hari so bahagia tetap terasa walaupun tanpa keluarga disisi.

First day try Daun Herba Mandian ni rasanya biasa je tak ada perubahan tapi air mandian yang suam2 kuku tu wanginya dengan bau daun2 herba yang harum semerbak terus semangat untuk guna setiap hari. Genap seminggu penggunaan ada terasa perubahan dalaman. Setiap hari bangun pagi awal dengan perasaan yang fresh dan bertenaga, bau badan berkurangan, kurang rasa angin dalam badan, vagina terasa bersih dari lekit2 darah nifas dan tak berbau walaupun dengan penggunaan maternity pad. Lepas habis berpantang ada balance lagi 4 paket, saya pun jadi lah pengguna setia setiap hari walaupun tak berpantang kesannya badan terasa ringan, segar bila bangun pagi, tak ada angin dalam badan. Baru saya sedar akan khasiatnya yang bukan terbatas untuk ibu berpantang saja. Sejak tu saja akan mandi herba 2 kali seminggu untuk kecergasan dan kesihatan dalaman diri sendiri malah satu masalah wanita yang paling popular dapat dikurangkan Insyaallah tak ada langsung, tak lain tak bukan masalah keputihan dan vagina odour. Sejak amalkan memang bye2 to keputihan even tengah pregnant lagi. Paling kelakar bila paksa my husband cuba mandi air daun herba ni, memang tak la kan tapi at last dia pun tergoda bila sesi urut mengurut dah tak keluar angin and paling dia suka, tenaga dan kesegaran kembali lepas balik dari outstation. Bagus sangat, cubalah tak rugi pun. Antara daun herba yang terkandung dalam paket mandian herba ni :

Daun Berbuas.
Daun Inai.
Daun Lengkuas.
Pandan Wangi.
Daun Senduduk.
Serai Wangi.
Daun Seringan/Meringan.
Daun2 tadi dikeringkan dan dipaketkan macam ni. 

Oleh kerana husband pun dah terpengaruh dengan keberkesanan tradisi tradisional ni dia pun survey la kat mana paling senang nak dapatkan stok mandian herba untuk isterinya dan dia sendiri juga tup2 dapat khabar makcik jiran kami tu adalah tukang urut wanita lepas bersalin merangkap pembuat mandian herba untuk pekej urut dan mandi herba pelangan2nya. Macam orang mengantuk disorong bantal. Memang makcik tu ada kebun kecil sebelah rumah dia tanam tumbuhan herba ni, keringkan dan packing sendiri dedaun herba tu untuk kemudahan siapa yang tempah dari dia. Alhamdulillah, ni namanya rezeki depan mata. Setiap bulan wajib saya order 2 ke 3 dozen mandian herba mengikut permintaan customer Ara Kay Beauty Shoppe dan juga customer husband kat tempat kerja tu. Jimat tu semestinya sebab 1 paket boleh guna 3-4 kali.


Daun Herba Mandian rm10/Paket A5 100g

Khasiat Herba Mandian  : 
1. Membantu melegakan sendi dan saraf yang tegang sewaktu bersalin.
2. Membantu melancarkan peredaran darah. 
3. Membantu mengurangkan rasa stress dan ketegangan. 
4. Membantu menghilangkan bau badan dengan bau2 haruman pati daun yang di rebus. 
5. Membantu mengurangkan angin di seluruh badan. 

Cara penggunaan Herba Mandian  : 
· Rebus satu pack mandian herba dengan 3 gayung air sehingga mendidih dan berbau wangi.
· Campurkan air herba mandian bersama air biasa sewaktu mandi. (kepanasan bergantung pada anda). 
· Keringkan uncang yang telah di gunakan di tempat panas atau kering untuk kegunaan selanjutnya. 
· Satu pack boleh diulang guna pakai 3 – 4 kali. 

Dos Herba Mandian : RM10/Paket bersaiz A5 100g. 
*Free Postage 6 paket dan keatas.
*Tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak dibawah umur 12 tahun. 


Boleh hubungi saya kalau nak mencuba.Terima Kasih membaca hingga ke titik terakhir. Till then, Wasallam.

Warm Regards,
ARA KAY Beauty Shoppe
0133955659

No comments:

Post a Comment