Assalamualaikum wbt. Entry kali ini saya nak kongsikan product review yang memang menjadi amalan saya. Nurbeautyline Soy Collagen.
Pelbagai soalan yang berulang kali ditanya pada saya, antaranya Macamana saya boleh start consume produk ini? Berkesan ke?. Ceritanya saya memang tak pernah ambil apa jua jenis supplement, Soy Collagen pilihan pertama saya apabila disahkah hamil selepas 2 minggu bernikah. Alhamdulillah, murah rezeki walaupun masih nak jadi pengantin baru lagi. Sebab excitednya nak jadi seorang ibu, masa ni lah nak consume segala vitamin dan supplement demi kesihatan bayi dalam kandungan. Husband pun support 100%. Sebab utama Soy Collagen Nurbeautyline jadi pilihan saya adalah fungsinya menentang masalah yang memang dihadapi saya.
Soy Collagen Nurbeautyline ada 2 jenis iaitu Premium (Soya) dan Biasa (Soya/Coklat). Bezanya Biasa untuk 29 tahun kebawah manakala Premium pula kurang gula, extra collagen dan vitamin sesuai untuk 30 tahun keatas. Namun, kedua2nya boleh dan sesuai diminum walaupun tak mengikut umur yang tertera. Pilihan saya Premium sebab saya memang peminat soya kurang manis, memang citarasa tepat dan lebih sesuai untuk ibu mengandung.
Keberkesananya macamana pula?
Kenalah tunggu baby ni lahir kan baru nampak hasilnya sebab hampir semua nutrien dan kebaikan diserap bayi dalam kandungan jadi hampir tiada kesan pada ibu tapi ada juga kesannya pada saya selepas tiga minggu pengambilan 1 paket sehari. Antaranya penghadaman lebih lancar, tak ada sembelit, tumit merekah berkurangan, tiada sakit badan dan mabuk, lebih mudah bangun pagi dan lebih bertenaga. Malah lebih bertenaga untuk berpuasa tanpa sebarang masalah dan solat terawih setiap hari walaupun due date lagi seminggu. Saya terus mengamalkan hingga lahirnya si comel 29/7/2013. Alhamdulillah tiada komplikasi sepanjang hamil dan sepanjang proses melahirkan.
Khalid B. Muhammad Qaiyum @ Day 1 |
Pengambilan soya penyebab kulit bayi sensitif. Mitos ke Fakta? Khalid 7 Bulan, Alhamdulillah, sihat tanpa sebarang ruam/alahan. |
Khalid 8 bulan, kena cop anak cina dek mata sepet tu. |
Bila dah jadi ibu segala amalan tak ada masa nak teruskan sibuk jaga baby kecil tup2 dah 10 bulan usia si comel ni. Termasuklah pengambilan Soy Collagen yang terus terabai. Memang tak fikir langsung, baru seorang anak. Tabik pada yang plus2 anaknya tapi masih maintain. Namun, Alhamdulillah, kesedaran menjaga kesihatan diri mula terbit lagi tatkala disahkan hamil lagi. Tak sangka rezeki datang secepat ni, pasti ada hikmah disebaliknya. Jarak kandungan yang rapat melemahkan ketahanan badan saya, kerja harian selalu tertangguh dan kerap sangat letih. husband pun ada menyuarakan tentang kelemahan saya dalam mengurus masa mujurlah suami memahami. Sayu melihat keadaan diri sendiri dalam keadaan mengecewakan tanpa penjagaan yang rapi tambahan dengan berbadan dua, kesian my second baby. Saya tekat untuk mula semula. Amalan saya setiap hari mulai sekarang selain dari mengambil vitamin yang disarankan doktor saya mengambil Soy Collagen Premium 2paket setiap hari sebelum sarapan dan sebelum tidur. Dalam masa 2 minggu stamina saya semakin pulih, Alhamdulillah, kesan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Saya tekad nak teruskan walaupun selepas bersalin nanti.
Counting days, 28 week. EDD 27/7/2014. |
Finally, saya terus menjadi pengedar untuk produk Nurbeautyline alang2 nak terus setia menggunakan produk ini. Jadi kalau berminat nak mencuba bolehlah hubungi saya, jaminan yang original. Senarai harga Soy Collagen Nurbeautyline kat bawah ni ye.
1) Soy Collagen Nurbeautyline Biasa (Soya/Coklat) RM 29/kotak. Promosi RM60/3Kotak.
2) Soy Collagen Nurbeautyline Premium (Soya) RM 39/kotak. Promosi RM50/2Kotak.
*Diskaun untuk pembelian kedua dan seterusnya.
Saya syorkan Soy Collagen Nurbeautyline Premium untuk kesan yang pantas tapi untuk permulaan dan masalah kulit serta masalah kesihatan yang tak ketara boleh saja mencuba Soy Collagen Nurbeautyline Biasa, harga pun lebih murah. Bagi saya perasa soyanya sedap dan berkualiti. Untuk perasa coklat mungkin ada peminat tersendiri tapi tidak bagi saya, jujur dari hati kurang enak untuk deria rasa saya. Saya juga pengguna berhak bersuara. Boleh ke begitu..=D
Istimewa dari ARA KAY beauty Shoppe.
Untuk sample Soy Collagen Nurbeautyline PERCUMA smskan Nama & Alamat lengkap pada 0133955659.
Terima Kasih membaca hingga ke titik terakhir. Till then, Wasallam.
Warm Regards,
ARA KAY Beauty Shoppe
0133955659
assalamualaikum akak =) btw anak akak khalid tu comeiii sangat. memang macam cina!!! btw akak sekrang ni consume soy collagen lagi ke? sbab syikin baru nak consume je kak. can you guide me? sebab biasanya setengah orang minum nak hasil cepat, takleh hasil cepat terus stop.
ReplyDelete